Penyertaan Bukit Panau Merdeka Challenge 2025 Kategori Berkumpulan Agensi, Kerajaan, Kelab & Persatuan
Bukit Panau, Tanah Merah: 6 September 2025 – Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas telah mengadakan Kejohanan Bukit Panau Merdeka Challenge pada 06 September 2025 bertempat di Bukit Panau, Pasir Mas Kelantan.
Kejohanan tersebut disertai oleh pelbagi agensi termasuk YIK yang telah menghantar 2 kategori pasukan iaitu kategori Sekolah (lelaki) yang diwakili 20 orang pelajar daripada Maahad Ahmadi Tanah Merah. Kategori kedua ialah kategori Agensi, Jabatan dan Kelab (wanita) seramai 5 orang pegawai wanita telah menyertai kejohanan tersebut.
YIK berjaya mendapat naib johan (Kategori Berkumpulan) Agensi Kerajaan, Kelab & Persatuan (wanita) yang disertai oleh YBrs. Puan Ima Hafiza binti Ismail, Pegawai Kenaziran, Puan Atikah Hanim binti Abd Aziz, Penyelia (Kokurikulum), Puan Nurul Aina binti Razali, Penyelia (Khidmat Guru), Puan Nur Shahida binti Nazru, Pembantu Tadbir (Penilaian & Peperiksaan) dan Puan Nafeesa Annisa binti Rozi manakala kategori Sekolah ( lelaki) mendapat tempat sagu hati dan sijil.
Kejayaan ini menjadi suntikan semangat buat seluruh warga Yayasan Islam Kelantan untuk terus aktif dalam pelbagai program kecergasan, kebersamaan dan kemasyarakatan, di samping mengukuhkan ukhuwah serta meningkatkan imej YIK di peringkat negeri.