Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
08 April, 2025

Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri Yayasan Islam Kelantan 2025

08 April, 2025

Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong – Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menganjurkan Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri pada 7 April 2025 bertempat di Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan dengan pemotongan kek diringi oleh YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital & Inovasi Kerajaan Negeri Kelantan, dan YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah YIK.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pentadbir, kakitangan dan pengetua, selain bermaaf-maafan sesama mereka sempena Hari Raya Aidilfitri sambil menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Mesyuarat Lembaga YIK yang terdiri daripada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YAB Dato' Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB Idham bin Hj Abdul Ghani, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan,YB Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Dato' Kaya Perba), Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis turut disertai oleh pegawai dan kakitangan kompleks pentadbiran YIK dan pengetua-pengetua dari sekolah-sekolah YIK.

Majlis turut diserikan dengan Pertandingan Gerai Makanan Tercantik dan pelbagai juadah hari raya daripada gerai-gerai makanan yang disusun mengikut variasi menu berbeza.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib