Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Kelantan 2025
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bharu: 11 September 2025 – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Kelantan 2025 telah disempurnakan oleh YB Ustaz Dato’ Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan. Turut hadir bersama, YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, pengarah YIK, YBrs. Tuan Haji Mohd Kamaruddin bin Omar, Timbalan Pengarah (Pengurusan) YIK, YBrs. Tuan Haji Ahmad Pakhruddin bin Deraman, Timbalan Pengarah (Sekolah) YIK, YBrs. Tuan Haji Sukeri bin Hussin, Timbalan Pengarah (Akademik) YIK.
Kejohanan KESSUMA 2025 akan berlangsung pada 14 hingga 17 September 2025 di Langkawi, Kedah dengan pelbagai acara yang akan dipertandingkan iaitu ping pong lelaki dan perempuan, badminton lelaki dan perempuan, bola tampar lelaki dan perempuan, sepak takraw, bola sepak serta bola jaring.
Majlis tersebut diteruskan dengan wakil atlet melafazkan ikrar disusuli penyerahan bendera kontinjen kepada Pengarah Yayasan Islam Kelantan sebagai simbol tekad dan kesungguhan dalam perjuangan sukan.
Semoga kontinjen KESSUMA 2025 YIK akan mencapai kejayaan cemerlang dan berjaya dinobatkan sebagai juara dalam kesemua acara yang dipertandingkan.