Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
18 September, 2025

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-24 Tahun 2025

18 September, 2025
Stadium Kompleks Sukan LADA, Langkawi : 16 September 2025 – Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-24 Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Kontinjen Kelantan telah berjaya meraih 6 pingat keseluruhan iaitu 2 pingat emas dan 4 pingat gangsa, sekali gus menobatkan kontinjen Kelantan sebagai naib johan keseluruhan dalam acara yang dipertandingkan. Pingat emas disumbangkan melalui acara sepak takraw dan bola tampar (lelaki), manakala pingat gangsa diperoleh dalam acara bola sepak, ping pong (lelaki), badminton (perempuan) dan bola tampar (perempuan).
Dalam majlis tersebut, YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan bersama kontinjen Kelantan naik ke pentas bagi menerima anugerah piala johan bagi acara sepak takraw dan bola tampar (lelaki) sebagai tanda penghargaan atas kejayaan cemerlang yang dicapai.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh kontinjen untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta mengharumkan nama Kelantan di peringkat kebangsaan.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib