Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

faq
Soalan Lazim
hubungi kami
Hubungi Kami
aduan & maklum balas
Aduan & Maklum Balas
peta laman
Peta Laman
17 November, 2025

Majlis Graduasi Sijil Menengah Ugama (SMU) 2023/2024 di Cambodia-Korea Cooperation Center (CKCC), Phnom Penh.

17 November, 2025

Cambodia-Korea Cooperation Center (CKCC), Phnom Penh: 14 November 2025 –  Majlis Graduasi Sijil Menengah Ugama (SMU) 2023/2024 di Cambodia–Korea Cooperation Center (CKCC), Phnom Penh, telah berjalan dengan jayanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Mufti Kerajaan Kemboja, Neak Oknha Sos Kamry, yang memberikan ucapan penghargaan serta menyampaikan anugerah kepada para pelajar cemerlang.

Sementara itu, YBhg. Dato’ Haji Zulkiflee bin Ab Rahman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan sijil kepada para pelajar cemerlang dan menyampaikan ucapan amanat kepada para hadirin. Turut hadir bersama adalah YBrs. Haji Sukeri bin Hussin, Timbalan Pengarah YIK (Akademik) dan YBrs. Anuar bin Rasid, Penolong Pengarah YIK (Penilaian & Peperiksaan).

Semoga hubungan pendidikan antara Kelantan–Kemboja terus diperkukuh dalam usaha melahirkan generasi berilmu, beradab dan berakhlak.
Tahniah kepada semua graduan!

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib