Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

faq
Soalan Lazim
hubungi kami
Hubungi Kami
aduan & maklum balas
Aduan & Maklum Balas
peta laman
Peta Laman
07 Disember, 2025

Hari Yayasan Islam Kelantan 2025

07 Disember, 2025

Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim: 6 Disember 2025Majlis Hari Yayasan Islam Kelantan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir bersama ialah YB Ustaz Dato’ Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan dan YBhg. Dato’ Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Ahli-ahli Lembaga YIK.

Seramai 377 orang penerima anugerah di Sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan Tahun 2025. Antaranya ialah Ustaz Haji Mohamed bin Ya, yang menerima Anugerah Tokoh Pendidik Yayasan Islam Kelantan. Manakala 5 orang penerima Anugerah Pengetua Terbaik ialah Hafizah Binti Abdullah, Halim Bin Daud, Mohd Zaki Bin Mat Zin, Mohamad Bin Yusoff, dan Zainuddin Bin Che Ismail. Bagi penerima Anugerah Sekolah Terbaik Yayasan Islam Kelantan pula diberikan kepada sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Maahad Amir Indera Petra, Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas, SMU(A) Tahiriah Tasek, dan SMU(A) Diniah Bongor.

Selain itu, 10 orang penerima Anugerah Guru/Penolong Kanan Terbaik , 8 orang penerima Anugerah Pelajar Mithali, 5 orang penerima Anugerah Sekolah Terbaik Peperiksaan, 5 orang penerima Anugerah Pengurusan Terbaik Kewangan, 5 orang Anugerah Pengurusan Terbaik Kurikulum, 12 orang penerima Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum, 28 orang penerima Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan, 35 orang penerima Anugerah Peningkatan GPS, 76 orang penerima Anugerah Pencapaian 100% Peperiksaan, dan 182 orang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaan.

Sesungguhnya kejayaan hari ini adalah hasil daripada disiplin, kepimpinan yang berwibawa, kerja berpasukan yang kukuh serta keikhlasan dalam mendidik dan membimbing generasi ummah. Semoga semua kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Semoga kejayaan yang diraih ini terus menyemarakkan semangat untuk mendidik dengan penuh hikmah, memimpin dengan penuh amanah serta berkhidmat dengan penuh keikhlasan. Terima kasih kerana terus menjadi nadi kekuatan kepada kecemerlangan Yayasan Islam Kelantan.

Gambar penerima anugerah, boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:

https://drive.google.com/drive/folders/1Am1rpOiPu5xVo1AK2RN3b51BNomfGnOD?fbclid=IwY2xjawOh4thleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFlbjRtTXdobDJKOW5Pb0h2c3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHmqpnNSyQY19uTzdGUijmtVWWONkEpAx878CnE6rVVh36RhVtz_KhmwwvTF4_aem_At7l2RKinY5_vCkxX1skWA

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib