Majlis Amanat YABrs. Pengarah dan Bengkel Instruksional Kepimpinan Yayasan Islam Kelantan 2026
Kompleks Pentadbiran YIK Tunjong, 04 Januari 2026 – Majlis Amanat YABrs. Pengarah dan Bengkel Instruksional Kepimpinan Yayasan Islam Kelantan 2026 telah disempurkan oleh YABrs. Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Islam Kelantan.
Majlis ini merupakan wadah penting dalam memperjelaskan hala tuju, memperkukuh amanah dan kepimpinan serta menyatukan tekad dan semangat seluruh warga pendidik Yayasan Islam Kelantan demi kelangsungan kecemerlangan berteraskan nilai Islam.
Dalam ucapan YABrs. Tuan Haji Shamsul Bin Abu Bakar, beliau menekankan untuk sentiasa amanah dalam tanggungjawab dan memastikan tatakelola di titik beratkan bagi meningkatkan institusi pendidikan Islam umumnya dan Yayasan Islam Kelantan khususnya.
Beliau turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah atas kejayaan-kejayaan yang telah dirangkul oleh sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.
Majlis ini dihadiri oleh semua pengetua-pengetua Yayasan Islam Kelantan termasuk Maahad, Maahad Tahfiz, Pondok, SMU(A), SABK, SRU dan Tadika.
Majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Penarafan e-Naziran YIK sebagai penghargaan kepada sekolah-sekolah yang mencapai tahap pengurusan dan tadbir urus yang cemerlang.




