Pembukaan Sesi Persekolahan Baharu Sekolah-sekolah YIK bagi Sesi Tahun 2026
Kota Bharu, 12 Januari 2025 – Sebanyak 93 sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) memulakan sesi persekolahan baharu 2026 hari ini iaitu maahad kawalan, maahad pilihan, maahad kerajaan, sekolah rendah ugama, tadika dan pusat pengajian pondok.
Sempena pembukaan sesi sekolah ini, YB Dato’ Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan meninjau sekolah Maahad Amir Indera Petra Bachok.
Turut hadir bersama Tuan Haji Shamsul Abu Bakar, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan timbalan-timbalan pengarah YIK.
Dalam lawatan ini, beliau turut bertanya khabar serta menyampaikan motivasi ringkas kepada pelajar tingkatan satu, empat dan lima.
YB Exco berkata, para pelajar perlu menggunakan peluang menimba ilmu dengan sebaik mungkin di samping menitikberatkan aspek adab, pematuhan peraturan sekolah serta pembentukan disiplin diri sebagai asas pembinaan sahsiah dan kejayaan pada masa hadapan.
Menurutnya juga, kepentingan menjaga akhlak, mematuhi undang-undang sekolah serta membentuk disiplin diri yang baik sebagai asas kepada pembentukan sahsiah dan kejayaan masa depan.
Beliau turut menegaskan bahawa peranan ibu bapa amat penting dalam memantau perkembangan anak-anak, khususnya ketika berada di rumah.
Katanya lagi, ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab pendidikan sepenuhnya kepada guru, sebaliknya perlu memastikan pergaulan dan aktiviti harian anak-anak sentiasa dipantau.
“Cabaran semasa semakin kompleks menuntut kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan institusi pendidikan bagi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta bertanggungjawab,” ujarnya.




