Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

faq
Soalan Lazim
hubungi kami
Hubungi Kami
aduan & maklum balas
Aduan & Maklum Balas
peta laman
Peta Laman
07 April, 2026

Kem Pemerkasaan Bahasa Arab Siri 1 2026

07 April, 2026

Pusat Latihan Kokurikulum YIK, Jelor, Pasir Puteh, 7 April 2026 – Kem Pemerkasaan Bahasa Arab 2026 Siri 1 ini berlangsung pada 6 hingga 8 April 2026 bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum YIK Jelor Pasir Puteh, Kelantan yang melibatkan seramai 110 orang peserta daripada 29 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Islam Kelantan Haji Shamsul bin Abu Bakar.

Program ini dianjurkan bersama oleh Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) dengan kerjasama dan dikelolakan oleh tenaga pengajar dan pakar bahasa Arab Pusat Bahasa Arab, Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Objektif utama penganjuran Kem Pemerkasaan bahasa Arab ini bertujuan untuk memupuk minat dan kecintaan pelajar terhadap bahasa Arab disamping membimbing pelajar agar dapat berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik .

Melalui penganjuran kem ini juga, ia dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah pembelajaran bahasa Arab secara interaktif dan menyeronokkan, serta meningkatkan kemahiran asas bahasa Arab seperti mendengar (istima’), bertutur (kalam), membaca (qira’ah), dan menulis (kitabah).

Antara aktiviti menarik sepanjang Kem ini ialah ceramah kemahiran bahasa Arab, Dapur Arabi, Video Arabi, Tahbibul Lughah, permainan bahasa, pertandingan bahasa arab, LDK dan lain-lain. Kem yang akan berlansung sebanyak 8 siri yang akan dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 dan 2 terpilih ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN).

Semoga hasrat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang bahasa Arab di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)ini insyallah dapat dicapai dengan jayanya.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib