Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

faq
Soalan Lazim
hubungi kami
Hubungi Kami
aduan & maklum balas
Aduan & Maklum Balas
peta laman
Peta Laman
31 Mac, 2026

Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sekolah- sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tahun 2025

31 Mac, 2026

KOTA BHARU, 31 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan tahun 2025 mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan apabila mencapai peratus kelulusan sebanyak 𝟗𝟕.𝟖𝟒%, berbanding 97.50% pada tahun sebelumnya.

Pengumuman rasmi tersebut telah disampaikan oleh YB Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan dan turut disertai oleh YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan dalam satu majlis yang berlangsung secara hibrid di Bilik Mesyuarat Utama Yayasan Islam Kelantan.

Seramai 4,813 calon telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, 𝟐𝟏𝟔 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝟗𝐀 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟐𝐀.

Lebih membanggakan, seramai 𝟗𝟐 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐀 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥, sekali gus mencerminkan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi dalam kalangan pelajar YIK.

Selain itu, analisis Gred Purata Sekolah (GPS) turut memperlihatkan senarai sekolah terbaik mengikut kategori seperti berikut:

 

𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧

Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah – GPS 2.05

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat – GPS 2.65

Maahad Sains Tok Guru – GPS 2.69

 

𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧

Maahad Muhammadi Pasir Pekan – GPS 3.64

Maahad Muhammadi Pasir Mas – GPS 4.20

Maahad Saniah Pasir Puteh – GPS 4.22

 

𝐌𝐚𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧

Maahad Syamsul Maarif (P) – GPS 4.43

Maahad Taqaddum Maarif – GPS 5.05

Maahad Al Sabirin Ayer Lanas – GPS 5.35

 

𝐒𝐌𝐔 (𝐀) 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧

SMU(A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung – GPS 4.05

SMU(A) Khairiah Banggol Setol – GPS 4.88

SMU(A) Hamidiah Padang Lepai – GPS 5.28

 

𝐒𝐀𝐁𝐊

SMU(A) Darul Ulum Jedok – GPS 3.54

SMU(A) Tarbiah Islamiah Kuala Kajang – GPS 3.79

SMU(A) Mardziah Jabo – GPS 3.85

 

Pencapaian ini dilihat sebagai hasil daripada pendekatan pendidikan bersepadu yang diamalkan oleh Yayasan Islam Kelantan, yang menekankan keseimbangan antara ilmu, iman dan akhlak dalam melahirkan generasi pelajar berkualiti. Pencapaian ini juga memperlihatkan persaingan sihat antara sekolah serta komitmen berterusan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di bawah YIK.

Pihak YIK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar, guru serta ibu bapa yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan ini dapat dicapai.

Dalam masa yang sama, usaha penambahbaikan akan terus diperkasakan bagi memastikan kecemerlangan ini dapat diperluaskan ke seluruh sekolah di bawah YIK.

Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pemangkin dalam melahirkan lebih ramai generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat.

 

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib