Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

faq
Soalan Lazim
hubungi kami
Hubungi Kami
aduan & maklum balas
Aduan & Maklum Balas
peta laman
Peta Laman
13 Ogos, 2026

Kursus Asas Pemantapan Kebersihan Dan Keceriaan Premis Yayasan Islam Kelantan

13 Ogos, 2026

Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong, Kota Bharu, 11 Ogos 2026 – Seramai 94 orang peserta yang terdiri daripada guru kebersihan, tukang kebun dan pembantu awam daripada seluruh institusi di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menyertai Kursus Asas Pemantapan Kebersihan dan Keceriaan Premis Yayasan Islam Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Seminar Yayasan Islam Kelantan, Tunjong, pada 11 Ogos 2026.

Kursus yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang itu dianjurkan sebagai satu usaha memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kesedaran warga kerja yang bertanggungjawab dalam pengurusan kebersihan serta keceriaan premis di institusi-institusi YIK. Program sepenuh hari tersebut mengandungi empat modul utama yang merangkumi aspek kesihatan persekitaran, pengurusan keceriaan premis, teknik pembersihan secara sistematik serta amalan kerja sihat dan penggunaan bahan kimia secara selamat.

Modul pertama dimulakan dengan Taklimat Situasi Demam Denggi dan Langkah Pencegahan yang disampaikan oleh Dr. Mohd Khairi Safwan bin Johari, Pegawai Kesihatan Daerah Kota Bharu, bersama Encik Nor Azlan Hadi bin Ab Rahman, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Daerah Kota Bharu. Taklimat tersebut memberi penekanan terhadap kepentingan mengenal pasti dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, selain meningkatkan kesedaran peserta mengenai peranan mereka dalam memastikan persekitaran institusi sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada risiko pembiakan nyamuk.

Seterusnya, modul kedua iaitu Pengurusan Keceriaan Persekitaran Premis disampaikan oleh Encik Rosihan bin Ab Aziz, Tenaga Pengajar dari Politeknik Kota Bharu. Modul tersebut memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kaedah pengurusan persekitaran yang lebih teratur, kemas dan ceria, termasuk aspek landskap serta penyusunan persekitaran premis bagi mewujudkan suasana yang kondusif kepada warga institusi dan para pelajar.

Sementara itu, modul ketiga iaitu Teknik Pembersihan Premis Secara Sistematik dan modul keempat yang berkaitan dengan Amalan Kerja Sihat dan Penggunaan Bahan Kimia Selamat telah disampaikan oleh Puan Nur Azlina binti Che Anuar, Pegawai Latihan IKBN Kemasik, Terengganu.

Kedua-dua modul tersebut memberi penekanan kepada kaedah pembersihan yang betul dan sistematik serta amalan kerja yang selamat bagi memastikan tugasan pembersihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja.

Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kompetensi dan kesedaran warga kerja yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kebersihan dan keceriaan, seterusnya membantu memastikan seluruh institusi Yayasan Islam Kelantan sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan kondusif.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib