Accessibility Tools

Skip to main content

 +6097126315      yik@kelantan.gov.my         Ahad - Rabu 8:00 - 17:00, Khamis 8.00 - 15.30

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan & Maklum Balas
Peta Laman
15 Februari, 2016

Persidangan Pendidikan Kelantan 2016

15 Februari, 2016

Yayasan Islam Kelantan bersama-sama turut jayakan Persidangan Pendidikan Kelantan 2016 yang dikendalikan oleh Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK). Penglibatan semua pengetua, guru-guru dan pegawai-pegawai YIK menunjukkan komitmen sepadu ke arah memantapkan hala tuju pendidikan di Negeri Kelantan. Pendidikan yang bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke Institut pengajian tinggi perlu digarap dengan perhatian dan bimbingan semua pihak termasuk kerajaan negeri.

Program dirasmikan oleh YB Ustaz Dato’ Hj Mohd Amar bin Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang telah memberi ruang yang luas kepada semua peserta mengemukakan pandangan berhubung seminar pendidikan agama negeri Kelantan termasuk pusat-pusat pengajian pondok. Program berkeanaan bermula pada 13 hingga 15 Februari 2016 dengan ucaptama oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan, Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Manakala penutup disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Johari Mat, Ahli Dewan Negara.

KELGOV PPST

Dasar Privasi

Penerbitan YIK
Arkib